Isu nama calon BN Parlimen Kuala Pilah selesai

Isu nama calon BN Parlimen Kuala Pilah selesai

SAIFUL YAZAN SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Isu nama calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah selesai.

Utusan Malaysia difahamkan individu berkenaan sudah dipanggil menemui pucuk pimpinan BN di Kuala Lumpur petang tadi.

“Isu nama calon ini telah selesai,” kata sumber kepada Utusan Malaysia malam ini.

Calon kerusi Parlimen tersebut menjadi isu apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut nama calon bagi Parlimen itu pada majlis pengumuman calon BN bagi PRU15 semalam selain tiada nama calon bagi kerusi Parlimen Jempol serta empat kerusi di lain-lain negeri.

Tindakan itu mencetuskan kejutan di Kuala Pilah memandangkan tidak ada isu berkaitan calon kerusi berkenaan sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha BN Kuala Pilah, Saiful Yazan Sulaiman mengesahkan isu berkaitan calon tersebut telah selesai tetapi enggan memberitahu siapa yang menjadi pilihan BN.

“Tunggu esok. Kita akan tahu. Yang penting isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan kita dapat memberi tumpuan kepada usaha memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Pilah yang terlepas dari genggaman BN dalam PRU lalu,” katanya.

Esok, majlis penyampaian watikah kepada semua calon BN yang bertanding di negeri ini akan dijalankan di Wisma UMNO Negeri Sembilan.

Berdasarkan kepada surat jemputan yang dilihat Utusan Malaysia, ia melibatkan enam calon daripada lapan kerusi Parlimen di negeri ini dan tiada nama calon bagi kerusi Parlimen Kuala Pilah dan Jempol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya