Isu LCS: Anwar tak baca atau sengaja tak nak ambil tahu-PM

Isu LCS: Anwar tak baca atau sengaja tak nak ambil tahu-PM

ISMAIL SABRI Yaakob (dua dari kiri) beramah mesra dengan belia masyarakat Orang Asli yang hadir pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kerajaan telah pun mengambil tindakan berhubung isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga sudah beberapa kali membuat kenyataaan berhubung perkara tersebut. 

“Mana yang belum selesai? LCS?, Menteri Kanan Pertahanan sudah buat kenyataan beberapa kali. Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak baca atau sengaja tak nak ambil tahu?

“Hishammudin juga membuat penjelasan yang syarikat Perancis dan Boustead ambil alih projek, saya difahamkan dan saya pun tahu dari media,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang mahu perdana menteri memohon maaf kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran banyak dakwaan kes salah laku berkaitan projek melibatkan ketenteraan di negara ini.

Ismail Sabri berkata, dari segi mereka yang dituduh tentang penyelewengan LCS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyiasat dan ada diantaranya dibawa ke mahkamah.

Perdana Menteri turut menyelar Anwar kerana mempertikaikan undi pos dalam kalangan anggota ATM di Bera sedangkan satu negara melakukannya mengikut prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“(Undi pos) bukan terkejut, bukan undi itu di Bera lebih awal, malah di seluruh negara. Ia tarikh yang ditetapkan melalui SPR berdasarkan akta,” katanya.

Anwar sebelum ini mendakwa ada anggota tentera, khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk PRU15 kali ini mendapat bayaran.

Presiden PKR itu ketika berucap di majlis di Terengganu mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian dan meminta SPR menyiasat perkara ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya