Fitnah calon BN, Sanusi perlu mohon maaf - Utusan Malaysia

Fitnah calon BN, Sanusi perlu mohon maaf

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemuda UMNO Kedah mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan didakwa memfitnah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Setar, Tan Chee Hiong.

Ketua Penerangannya, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, Muhammad Sanusi perlu menarik balik kenyataan beliau kononnya keluarga calon berkenaan berhadapan isu bankrap.

Katanya, selepas memperkecil kemampuan wanita sebagai calon, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu terus dengan cerita penglipur laranya.

“Kali ini menjaja cerita kononnya Chee Hiong bukan anak yang baik, bukan ahli perniagaan yang bagus serta tidak boleh diharapkan sebagai pemimpin dengan membawa cerita kononnya bapa calon itu bankrap dalam perniagaan kerana anaknya.

“Sudah-sudahlah serang peribadi calon, kempen cara itu sudah ketinggalan dalam zaman politik matang dan moden ini. Cerita sahaja tawaran PN Kedah atau jelaskan kegagalan kerajaan negeri yang tidak upaya mengatasi masalah bekalan air, bola sepak merudum dan pelbagai isu lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed Mohd. Johan berkata, cerita yang Muhammad Sanusi bawa semasa berceramah dalam kempen PN Parlimen Alor Setar kelmarin tidak benar sama sekali. 

“Beliau yang tidak tahu cerita sebenar telah tokok tambah bagi seronok para hadirin. Saya dapat maklumat sebenar daripada calon sendiri dan beliau kata perniagaan bapanya tidak bankrap tetapi bapanya mengalami masalah kesihatan kerana menjalani pembedahan di kaki,” katanya.

Tambah beliau, ekoran itu, pihaknya menyifatkan Muhammad Sanusi melakukan fitnah kepada Chee Hiong dan keluarganya.

“Pemuda UMNO Kedah mendesak Menteri Besar menarik balik kenyataan bankrap beliau dan meminta maaf kerana fitnah kepada calon BN Parlimen Alor Setar serta keluarga beliau dengan segera,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya