Fenomena air pasang besar boleh bawa kepada banjir di Klang

Fenomena air pasang besar boleh bawa kepada banjir di Klang

GAMBAR rajah yang dikeluarkan oleh JPBD Klang di laman Facebook rasmi PDT Klang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Paras air laut yang tinggi di laut dalam tempoh enam hari kebelakangan ini boleh membawa kepada risiko berlakunya banjir di Klang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah (JPBD) Klang memaklumkan, hal ini berlaku disebabkan berlakunya fenomena air pasang besar yang berlaku sejak  kelmarin sehingga 27 November ini.

Dalam gambar rajah yang dikeluarkan pejabat tersebut, bacaan paras air laut pada semalam adalah 5.1 meter (m) dan 5.2 m pada semalam.

“Dijangka, bacaan air laut pada esok dan Jumaat akan mencatatkan paras tertinggi iaitu 5.3 m,” maklum jawatankuasa tersebut dalam laman Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, hari ini.

Sehubungan itu, jawatankuasa terbabit mengingatkan penduduk Klang supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca di daerah berkenaan.

Sekiranya berlaku banjir, jawatankuasa itu meminta orang ramai menghubungi talian kecemasan bagi memaklumkan berlakunya bencana di kawasan mereka.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab,” kata JPBD Klang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.