Era BN sudah berakhir - penganalisis antarabangsa - Utusan Malaysia

Era BN sudah berakhir – penganalisis antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kumpulan penganalisis politik antarabangsa menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia yang berlangsung semalam menandakan ‘berakhirnya era Barisan Nasional (BN).

Serina Abdul Rahman dari ISEAS-Institut Yusof Ishak berkata, keputusan itu jelas menunjukkan BN sudah kehilangan ‘taring’ yang mereka miliki selama lebih 61 tahun.

Beliau juga menyifatkan keputusan itu sebagai ‘hasil’ daripada politik Malaysia yang tidak stabil sejak beberapa tahun lalu.

Seorang lagi penganalisis politik dari institut yang sama, Dr. Francis Hutchinson berkata, BN tidak melakukan ‘sehabis baik’ dan mengulangi kesilapan yang sama seperti pilihan raya umum pada 2018.

“BN alami kekalahan besar pada 2018, namun sejak itu tiada pembaharuan dalam parti, tiada pembersihan yang boleh meningkatkan mutu parti dan akhirnya BN sekali lagi merekodkan kekalahan kali ini.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah kesilapan dari BN sendiri,” ujarnya.

Bagi Dr. Meredith Weiss dari Universiti Albany di New York, beliau berpandangan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan rasuah menjadi punca utama kekalahan BN.

“Beliau bukanlah calon yang layak untuk memimpin UMNO, sebaliknya beliau hanya memikirkan tentang dirinya dan yang menjadi mangsa adalah BN,” jelasnya.

Felo di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun pula menyuarakan, langkah BN mengadakan pilihan raya umum kali ini adalah terlalu lewat.

Katanya, jika pilihan raya diadakan selepas pilihan raya negeri Johor yang menyaksikan BN menang, kemungkinan pengaruh itu memberi kesan positif kepada parti tersebut.

“Namun, tarikh yang dipilih untuk pilihan raya kali ini amat lewat, ditambah pula dengan musim hujan, selain pelbagai skandal timbul.

“Kesemua faktor itu memberi kesan terhadap kredibiliti BN dalam mendapatkan kepercayaan rakyat,” katanya. – CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN