Enam sekeluarga cedera  angkara lembu - Utusan Malaysia

Enam sekeluarga cedera  angkara lembu

Salah sekor lembu yang mati akibat dilanggar Toyota Hilux di Kilometer 57, Jalan Kota Tinggi-Kluang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Enam sekeluarga  cedera apabila kereta Perodua Bezza  dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 57, Jalan Kota Tinggi-Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 11.42 malam itu berlaku selepas Toyota Hilux dipandu  Ong Tiam Huat, 59, melanggar dua ekor lembu  melintas jalan. 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati semua enam mangsa yang menaiki kereta Perodua Bezza dalam perjalanan dari Kluang ke Kota Tinggi, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda datang dari arah bertentangan. 

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta Perodua Bezza, Mohd. Fairulnisham Pariyonok, 48, memperlahankan kenderaannya kerana ada sebuah lagi kereta bergerak perlahan dipercayai memberi laluan kepada lembu yang melintas jalan. 

“Kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba melanggar dua ekor lembu tersebut menyebabkan kenderaan itu  hilang kawalan lalu melanggar kereta dipandu Fairulnisham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Akibat pelanggaran itu, Fairulnisham, anaknya, Afiq Muzakkir, 7, Nur Farwizah,12, Adi Muzammil, 19, Nur Firzanah, 20, dan isterinya Aziyawati Abdul Wahab, 45, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. 

Pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala dua ekor lembu yang dilanggar  mati di tempat kejadian. 

“Akibat kejadian itu menyebabkan kenderaan milik Fairulnisham  banyak rosak dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59 iaitu, gagal mengawal kenderaan dengan baik dan boleh dikenakan saman berjumlah RM300,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya