Elak tragedi Piala Raja Thai berulang di Korea Selatan

Elak tragedi Piala Raja Thai berulang di Korea Selatan

SKUAD sepak takraw kebangsaan berlepas ke Korea Selatan untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw Istaf 2022 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad sepak takraw kebangsaan tidak rela maruah mereka dirobek lagi selepas prestasi buruk yang dipamerkan pada Piala Raja Thai, September lalu dan menjelang Piala Dunia Sepak Takraw Istaf 2022 di Daejeon, Korea Selatan yang bermula 25-29 November ini kenangan pahit itu kalau boleh mahu dibuang jauh-jauh.

Pengurus skuad kebangsaan yang juga merangkap pengarah teknikal, Azhar Sarbini berkata, sebelum berangkat ke Korea Selatan, dia telah membuat persiapan rapi bersama anak-anak buahnya agar penyertaan Malaysia pada Piala Dunia kali ini tidak menjadi sia-sia.

“Saya cuba nak elakkan tragedi di Piala Raja Thai sebelum ini berulang, jadi saya banyak memberi penekanan kepada tekong, Mohammad Syahir Rosdi untuk membuat lebih banyak variasi dalam melakukan servis.

“Seperti yang kita tahu dia merupakan senjata terbaik yang kita ada, cuma mahu memastikan dia kekal konsisten sepanjang perlawanan itu yang menjadi cabaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Selain Syahir, Malaysia turut menyenaraikan Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias, Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Amirul Zazwan Amir dan Norfaizzul Abd Razak.

Untuk skuad wanita pula, dibarisi Siti Norzubaidah Che Ab Wahab, Nur Fatihah Azizul, Nur Natasha Amirya Fazli, Nur Fatihah Sharudin, Razmah Anam dan Nadillatul Rosmahani Saidin.

Menurut Azhar, selain tumpuan diberi kepada Syahir, para pemain yang terpilih mewakili negara turut dipersiapkan dengan latihan ala ketenteraan yang dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Jelasnya, usaha tersebut bertujuan bagi membantu para pemain meningkatkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal masing-masing.

“Saya harap latihan ala kententeraan ini dapat membantu mereka kerana boleh dilihat rata-rata pemain memberikan komitmen tinggi walaupun latihan yang saya rangka kali ini agak keras,” ujarnya.

Azhar yang kali pertama menggalas tugas sebagai pengurus dan pengarah teknikal bersama skuad kebangsaan memberitahu, dia hanya diberi masa selama 21 hari untuk menyediakan pasukan sebelum terbang ke Korea Selatan.

“Ini merupakan tugasan pertama saya sebagai pengurus/pengarah teknikal, apatah lagi saya hanya mempunyai 21 hari untuk menyediakan pasukan kerana saya juga masih mempunyai komitmen sebagai guru di
sebuah sekolah di Lembah Klang.

“Jadi, saya cuba untuk membahagikan masa dan saya berharap kita mampu untuk mencapai hasrat yang telah pun ditetapkan, meraih sekurang-kurangnya satu gelaran juara daripada edisi kali ini,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya