Dua rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

Dua rumah musnah terbakar

ANGGOTA Bomba dari BBP Sungai Petani memadam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Jalan Sungai Jagung, Kampung Teluk, Sungai Petani, tengahari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Sungai Jagung, Kampung Teluk, di sini, kira-kira pukul 12 tengahari ini.

Bagaimanapun, insiden terbabit tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kita mendapati kebakaran membabitkan empat buah rumah sederet kelas A.

“Bagaimanapun hanya dua buah rumah sahaja yang mengalami kebakaran, manakala dua buah kediaman lagi sempat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rumah pertama terbakar sebanyak 80 peratus, manakala rumah bersebelahannya terbakar kira-kira 20 peratus.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dilakukan dan api dapat dikawal daripada merebak ke rumah lain dalam masa tiga minit. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya