Bumbung sekolah rosak dalam kejadian ribut di Rembau - Utusan Malaysia

Bumbung sekolah rosak dalam kejadian ribut di Rembau

KEADAAN struktur atap bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah, Kota, Rembau yang rosak dalam kejadian ribut petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Struktur atap Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah, Kota, di sini rosak teruk dalam kejadian ribut petang tadi yang turut menjejaskan bangunan asrama sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku sekitar pukul 3.30 petang.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memantau keadaan bangunan bagi tujuan keselamatan juga pembaikan. Ketika kejadian tiada mangsa yang terlibat dan hanya struktur atap sahaja yang tercabut dan jatuh,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, kejadian angin ribut telah menyebabkan kerosakan teruk bumbung dewan makan asrama pelajar perempuan dan bangunan akademik bersebelahan perpustakaan sekolah itu.

“Kerosakan ini telah menyebabkan pelajar-pelajar asrama perempuan terpaksa dipindahkan ke bangunan lain buat sementara waktu dan akhirnya diputuskan untuk boleh bercuti sehingga hari Ahad ini.

“Usaha ini adalah untuk membolehkan kerja- kerja pembersihan dan pembaikan sementara dapat dilaksanakan dalam usaha membolehkan bangunan asrama ini beroperasi semula bermula pada hari Isnin minggu hadapan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.