BN berhasrat pisah jawatan dan fungsi Peguam Negara dan

BN berhasrat pisah jawatan dan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk memisahkan jawatan dan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebagai usaha menghapuskan konflik kepentingan.

Perkara itu terkandung dalam dokumen Perancangan Amal dan Usaha (Padu) yang merupakan tawaran BN sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, BN berjanji untuk mengkaji penurunan sebahagian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan semangat kedua-dua belah kerajaan.

Selain itu, BN berhasrat untuk mewujudkan kuota belia sebagai senator dalam Dewan Negara dan mahu mengesyorkan penggunaan teknologi block chain ke arah mewujudkan sistem pengenalan dan identiti diri tunggal dan bersepadu.

Malah, BN mahu mengiktiraf Institusi Integriti Malaysia sebagai sebuah suruhanjaya bebas bagi mengukuhkan etika dan integriti institusi awan dan masyrakat.

“Mengambil tindakan susulan pembentangan laporan oleh pasukan bertindak khas kes Batu Putih dan buku bekas Peguam Negara (Tan Sri Tommy Thomas),” jelas dokumen itu.

Sementara itu, BN berjanji untuk menyemak dan menambah baik semua skim kebajikan veteran tentera, polis dan pasukan beruniform lain serta membantu mereka meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan demi persaraan bermaruah.

BN juga merancang untuk menyediakan rumah mampu milik mencukupi untuk rakyat serta memperbanyakkan program rent to own.

Di bawah strategi baharu mengandakan Pelaburan Langsung Asing (FDI), BN akan melakukan reformasi menyeluruh undang-undang dan peraturan imigresen dengan memperkenalkan pelbagai jenis visa bagi menarik pelabur, bakat terbaik dan pekerja mahir untuk tinggal, bekerja dan menetap di Malaysia.

Untuk mengiktiraf kaum wanita, BN berjanji untuk mewujudkan universiti khas untuk wanita. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.