KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan pendirian Pas tentang isu judi, rasuah dan Rang Undang-Undang (RUU355) yang kononnya menjadi perjuangan parti itu sebelum ini. Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa, Pas sebaliknya tidak layak memimpin negara kerana tiada pendirian tetap selain hanya ‘menunggang’ kaum Melayu dan agama Islam. Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkata, lebih malang lagi apabila negeri Terengganu menjadi ‘pusat pembohongan’ Pas sejak sekian lama. “Isu judi, arak antara yang diperjuangkan Pas dan Pas juga selama ini bersyarah jangan cenderung dengan orang yang zalim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya