80,000 penonton dijangka banjiri stadium, keselamatan diperketat

80,000 penonton dijangka banjiri stadium, keselamatan diperketat

Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 80,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC, esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, persiapan rapi dari semua jabatan berkenaan termasuk pemeriksaan tubuh badan di setiap pintu masuk akan dilaksanakan pada hari perlawanan.

Katanya, pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki pekarangan stadium sebagai langkah keselamatan.

“Pihak polis tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun di dalam perkarangan stadium.

“Barangan berikut adalah dilarang termasuk mercun, bunga api, suar, topi keledar, laser pen, objek tajam, senjata, payung, tongkat, ‘powerbank’, botol air, pemetik api, mancis, rokok, dan rokok elektronik atau ‘vape’,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Zam Halim berkata, pintu akan dibuka pada pukul 5 petang dan orang ramai dinasihatkan supaya menaiki pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan jalan raya.

Pada masa sama, beliau meminta individu yang tidak menuju ke SNBJ untuk menonton perlawanan final berkenaan supaya mengelakkan daripada menggunakan jalan di kawasan sekitar bagi mengurangkan kesesakan trafik.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengamalkan sikap bersabar, berhemah dan bertolak-ansur ketika sedang memandu kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak dibenarkan meletak kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan keluar dan masuk ke stadium dan tindakan saman serta tunda akan dikenakan kepada yang ingkar.

Dalam pada itu, Zam Halim berkata, pihaknya akan membuat penutupan jalan di beberapa laluan di sekitar SNBJ sebelum dan selepas perlawanan.

“Penutupan jalan bermula pukul 4 petang melibatkan di sepanjang Jalan Barat, dan Persiaran ISN. Persiaran ISN akan dijadikan jalan sehala dan untuk kenderaan berpelekat sahaja.

“Selesai perlawanan jalan sehala akan diaktifkan dari Axiata Arena ke Puchong Link bermula jam 10.30 malam hingga selesai,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya