KANGAR: UMNO Bahagian Padang Besar akan meneruskan kerjasama dengan Pas di sebalik kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) `tertangguh’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Bahagiannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, UMNO tidak boleh meminggirkan Pas di peringkat bahagian kerana kerjasama antara kedua-dua pihak sudah terjalin sejak sekian lama. Menurut beliau, sesetengah ahli Pas juga amat selesa bersama UMNO khususnya menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN). “Kita lihat Pas di…










