Tun M persoal kemampuan BN laksana Bajet 2023 -

Tun M persoal kemampuan BN laksana Bajet 2023

mahathir
MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) mempersoalkan kemampuan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Bajet 2023 yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Rakyat, 7 Oktober lepas. 

Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Bajet 2023 yang dibentangkan itu jelas untuk pilihan raya apabila parti-parti lawan tidak diberikan hak untuk membahas peruntukan-peruntukan yang diberi kepada semua lapisan rakyat.

Malah, katanya, GTA yang belum didaftar juga tidak mempunyai pilihan selain dari menyokong kerana jika tidak menyokong, tentulah rakyat akan kecewa dan menolak gabungan itu. 

“Namun, GTA menyoal kemampuan UMNO melaksana segala janji yang dibuat. Ini adalah kerana kerajaan ini kekurangan dana, korup dan kurang kecekapan untuk melaksana projek-projek.

“Di masa Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Kerajaan UMNO gagal dalam pengurusan kewangan. UMNO lah yang meminjam RM42 billion dengan mengguna 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebenarnya, hutang kerajaan dahulu tidak pernah lebih dari RM1 bilion.

“Sekarang, membayar faedah sahaja pun memerlukan berbilion ringgit setiap tahun. Hutang pokok tidak dibayar. Kerap kali peruntukan untuk pembangunan diguna untuk bayar faedah pinjaman. Dengan ini, pembangunan kekurangan dana dan tidak dapat dilaksana. Lebih-lebih lagi kos meningkat kerana rasuah. 

“Banyak cara-cara untuk mengurangkan kos tidak diamal. Di masa yang sama nilai ringgit jatuh. Ini bermakna bayaran hutang dalam ringgit meningkat dan juga kos import,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

8 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, segala inisiatif dan bantuan kepada rakyat seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2023 hanya boleh dilaksanakan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Kita kena pastikan BN menang, supaya setiap yang diumumkan dalam Bajet 2023 semalam dapat dilaksanakan. Bajet yang diumumkan semalam, kerajaan telah ada duit, cuma mahu laksanakan sahaja,” katanya sewaktu berucap sempena Program Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia @ Jempol, baru-baru ini. 

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak menolak belanjawan berkenaan yang dilihat baik, tetapi ia tidak dapat membawa hasil yang dijanjikan sekiranya pelaksanaannya tidak cekap. 

Oleh sebab itu, katanya, walaupun GTA menerima belanjawan ini, tetapi banyak perubahan dan tambahan perlu dilakukan.

 “Insya-Allah, GTA dapat melaksana bajet terutama bantuan-bantuan untuk rakyat jika UMNO tidak jadi kerajaan dan diganti oleh kerajaan GTA,  jika GTA diberi kemenangan dan mendiri kerajaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya