KUALA LUMPUR: “Saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikiran macam saya. “Kalau saya perlu memulakan langkah, saya akan lakukan. Orang nak kata saya tidak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan kepada saya.” Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata demikian dalam usaha menawarkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU15. Menerusi pautan sebuah video di laman sosial, bekas Perdana Menteri…