Tokoh akademik didakwa sukar bersuara perbetul polisi negara -

Tokoh akademik didakwa sukar bersuara perbetul polisi negara

Noraishah Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Tokoh akademik Institut Pengajian Tinggi (IPT) didakwa sukar untuk bersuara dalam memperbetulkan polisi negara.

Perkara itu dijelaskan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr. Noraishah Abdul Aziz dalam majlis pengumuman calon PKR bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), malam ini.

Ia susulan ramai yang mempersoalkan penglibatannya dari bidang akademik ke politik.

“Di IPT, kebanyakan pensyarah diikat mulut, mereka diajar tutup mulut dan kejar angka supaya cepat naik pangkat. Itu bukan sejajar dengan apa yang diperlukan rakyat Malaysia. Rakyat perlu orang ambil berat polisi dan perbetulkan polisi negara.

“Saya berada di sini untuk semua rakyat dan untuk semua pensyarah bekerja keras yang tidak kejar pangkat, mereka penat sebab tidak bodek.

“Malaysia mempunyai ramai tokoh akademik baik, tetapi apakah kita buat dengan mereka? Ia memerlukan kerajaan bertanggungjawab menjalankan tugas dengan betul berpinsip.

“Saya tak nak apa-apa saya hanya mahu buat kerja. Hantarlah saya ke mana-mana saya mahu buat kerja..saya kenal diri saya,” katanya di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Kosas, di sini.

Noraishah merupakan seorang tokoh profesional yang berkelainan upay yang menjadi aktivis pesakit spina bifida.

Beliu antara tujuh calon berprofil tinggi daripada pelbagai bidang lapangan dan kepakaran yang ditampilkan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15 ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN