Tindakan Pas cari kesepakatan 3 parti teras Melayu

Tindakan Pas cari kesepakatan 3 parti teras Melayu patut dipuji – Annuar Musa

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Pas terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan antara ketiga-tiga parti teras Melayu sepatutnya dipuji.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, hal ini kerana ia menepati maksud dan panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yang lebih besar.

“Ia terus membuka pintu perundingan dan perbincangan. Begitu juga UMNO. Presiden telah membuka kunci permuafakatan kerana hati kecilnya dan para pemimpin mahukan umat yang bersatu.

“Kita sememangnya diperintahkan Allah agar berpegang teguh pada tali Allah dan tidak bercerai berai.

“Teruskanlah usaha kerana dimana ada daya, di situ ada jaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pas berpendirian untuk meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pagi tadi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya