Tanggungjawab 'anak-anak' pastikan kerajaan stabil -KM Melaka -

Tanggungjawab ‘anak-anak’ pastikan kerajaan stabil -KM Melaka

SULAIMAN Md. Ali (dua dari kanan) merasmikan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Majlis TVET Melaka di MITC Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Para pengundi baharu terutama pengundi automatik berusia 18 tahun (Undi18) yang pertama kali mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dirayu melaksanakan tanggungjawab tersebut untuk pembentukan sebuah kerajaan baharu yang stabil.

Berucap pada Pelancaran Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Melaka di hadapan ribuan pelajar jurusan berkenaan, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kemasukan pelabur yang membawa bersama peluang pekerjaan dan perniagaan hanya akan berlaku seandainya pengurusan dan pentadbiran negara dalam keadaan baik.

Justeru, katanya, ketidakstabilan politik yang tercetus selepas PRU-14 perlu dijadikan iktibar yang mana negara terpaksa berdepan pertukaran tiga kali Perdana Menteri, 12 pilihan raya kecil (PRK) dan tiga pilihan raya negeri (PRN).

“Di bahu anak-anak yang akan digalaskan untuk memastikan negara, begitu juga kesejahteraan agama dan bangsa kita ini dijunjung sebaik mungkin pada masa akan datang.

“Kalau kehidupan kita hari ini lebih baik, kita pastikan anak cucu kita pada masa akan datang kehidupannya lebih baik daripada kita. Masa depan negara dan negeri ini terletak pada tangan anda semua. 

“Kestabilan dan kemakmuran negeri ini terletak di tangan anda semua. Anda semualah yang berkuasa hari ini untuk memastikan, apakah jenis dan dan bentuk kerajaan yang diinginkan,” katanya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini (Sabtu) sebagai hari pengundian PRU-15.

Ia turut meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.

Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November ini (Sabtu).

Dalam pada itu, bercakap berkenaan Majlis TVET Melaka, Sulaiman berkata, penubuhannya adalah untuk mempromosikan institusi TVET di negeri ini, selain meningkatkan kualiti program dan mewujudkan pangkalan data bagi memastikan tadbir urus lebih sistematik. 

Jelasnya, pelbagai strategi dirancang kerajaan negeri bersama institusi TVET bagi memperkukuhkan penawaran program berorientasikan industri dan memperhebatkan penglibatan industri secara aktif bagi menyediakan graduan yang menepati keperluan industri.

“Antara strategi yang telah berjaya dilaksanakan ialah mewujudkan Majlis TVET Melaka yang dianggotai 22 buah institusi TVET di negeri ini,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya