PETALING JAYA: Usaha menanam sayur di tanah didakwa diceroboh di Puchong itu membabitkan modal besar bagi mendapat hasil lumayan. Mengikut maklumat yang dikumpul Utusan Malaysia, beberapa pekerja memaklumkan kebun-kebun yang dikuasai beberapa warga tempatan dan warga asing itu menggunakan teknologi penanaman yang sistematik seperti sprinkler automatik, sistem perpaipan moden, dan tiang-tiang besi serta konkrit yang mengelilingi kebun. Tinjauan dari luar kebun-kebun tersebut turut melihat sekurang-kurangnya lima pondok penempatan dan pusat…