PETALING JAYA: Kebanyakan parti politik mula mengenakan syarat tertentu bagi mengikat calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai jaminan tidak berlaku pengkhianatan mandat rakyat walaupun Akta Anti Lompat Parti telah dikuatkuasakan. Langkah yang diambil beberapa parti politik itu bertujuan menjamin kestabilan kerajaan yang dibentuk selepas PRU, selain memastikan calon tidak melanggar arahan parti yang diwakili. Setakat ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenakan tiga syarat utama kepada…










