Rogol remaja 14 tahun, lapan direman seminggu  - Utusan Malaysia

Rogol remaja 14 tahun, lapan direman seminggu 

Lapan individu dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan semalam untuk mendapat perintah tahanan reman. - UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lapan remaja direman seminggu bermula hari ini di Mahkamah Majistret Bachok, di sini bagi membantu siasatan berkait kes rogol membabitkan gadis bawah umur di Tawang, di sini baru-baru ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kesemua suspek tiba di Mahkamah Majistret Bachok dengan menaiki trak polis pada pukul 8.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd. Ismail Jamaluddin ketika hubungi berkata, penahanan kesemua suspek dibuat selepas laporan berkait kes rogol membabitkan mangsa berusia 14 tahun yang diterima pada Ahad lalu.

“Bertindak atas maklumat itu,  polis telah menangkap kesemua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Utusan Online semalam melaporkan, polis menahan lapan remaja lelaki bagi membantu siasatan berkait kes rogol seorang gadis berusia 14 tahun di Tawang.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya