Remaja dihanyut arus ditemui mati lemas - Utusan Malaysia

Remaja dihanyut arus ditemui mati lemas

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja ditemukan mati lemas akibat dihanyut  arus deras ketika menyeberangi Sungai Gong, Rawang di sini Selasa lalu.

Difahamkan, ketika kejadian,  Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16 , itu hanyut bersama ayah tiri dan adik tirinya selepas aktiviti memancing namun bapa dan tirinya  dapat diselamatkan oleh pemancing lain.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.07 malam dan sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawanv dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Menurut beliau, pihak penyelamat menggunakan kaedah pencarian dasar air bagi mencari kedudukan mangsa. 

“Selepas hampir dua hari, mayat  remaja itu ditemukan di kawasan perangkap sampah di Bestari Jaya iaitu kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 2.05 petang. 

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.