Radzi sedia jumpa Cikgu Fadli  - Utusan Malaysia

Radzi sedia jumpa Cikgu Fadli 

SURAT yang didakwa diterima Cikgu Fadli daripada Kementerian Pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sedia untuk mengadakan pertemuan dengan seorang guru yang mendakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Mohd. Fadli Salleh. 

Menurut Radzi, ini kerana beliau tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perkara yang dibangkitkan guru tersebut. 

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd. Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” tulisnya malam tadi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perjumpaan itu berkaitan dakwaan tindakan diambil terhadap Mohd. Fadli atau permasalahan yang dibangkitkan guru berkenaan sejak sekian lama. 

Terdahulu, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat. 

Mohd, Fadli yang juga seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak mendedahkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya, semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN