PRU15: Utamakan semangat BN, elak 'cah keting' -

PRU15: Utamakan semangat BN, elak ‘cah keting’

ANNUAR Musa pada sidang akhbar di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor,Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seluruh ahli Barisan Nasional (BN) perlu menghindari sikap ‘cah keting’ sebaliknya harus berkorban dan berkhidmat sepenuhnya kepada parti meskipun tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, amalan itu tidak sepatutnya ada dalam kalangan ahli parti kerana bukan sahaja merugikan parti, malah, turut merugikan diri sendiri.

Menurutnya, dalam sistem pilihan raya, menjadi calon adalah bukan hak peribadi dan semua itu ditentukan oleh parti dan sikap ‘cah keting’ itu sudah dikira sebagai kepentingan sendiri.

“Pemilihan calon perlu memenuhi ciri-ciri yang utama iaitu mendapat persetujuan jentera parti, direstui oleh pucuk pimpinan parti serta disenangi oleh rakyat.

“Kalau nak menjadi calon untuk bertanding mewakili organisasi atau parti, itu hak parti untuk memilih bukan hak kita (tetapi) kalau tetap nak (jadi calon) bertanding sendiri, cari borang sendiri,” katanya selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menasihati ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak terjebak dengan amalan ‘cah keting’ (sabotaj), jika tidak tercalon pada PRU15 nanti.

Naib Presiden UMNO itu berkata, mereka yang tidak tercalon harus menerima keputusan parti dengan hati terbuka dan bukannya terlibat dengan amalan ‘cah keting’ kerana perbuatan itu boleh membuatkan BN kecundang walaupun di kubu sendiri.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu memberitahu, isu ‘cah keting’ yang disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri itu adalah tepat kerana parti sudah melaluinya beberapa kali.

“Jadi, kalau dah ada rezeki dipilih (menjadi calon) Alhamdulillah, kalau tak ada itu Allah yang menentukan begitu.

“Tak payahlah terlalu berdukacita sangat sehingga terpaksa buat macam-macam kerana pada saya itu bukan sesuatu yang baik, yang penting adalah berkhidmat,”ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya