PRU15: BN Perak umum calon pada 2 Nov.  - Utusan Malaysia

PRU15: BN Perak umum calon pada 2 Nov. 

SAARANI Mohamad (kanan) pada sidang akhbar selepas menyaksikan MoU antara MBI dengan YTL Communications Sdn Bhd dalam projek liputan rangkaian 5G di bandar raya Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN MBI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak akan mengumumkan senarai calon bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pengumuman itu dibuat selepas senarai penuh calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diperoleh daripada BN Pusat.

“Saya jangka senarai (calon) mungkin akan sampai ke tangan pada 1 November, jadi pada 2 November, kita sudah boleh buat pengumuman.

“Kita di Perak akan cuba untuk membuat pengumuman lebih awal, memandangkan pada Jumaat iaitu 4 November merupakan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, jadi kita akan buat lebih awal,” katanya.

Saarani ditemui selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan YTL Communications Sdn Bhd dalam projek liputan rangkaian 5G di bandar raya Ipoh di Dewan Mesyuarat MBI di sini hari ini.

Menurut Saarani, parti-parti bertanding diingatkan supaya mengikut peraturan  pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama dalam aspek pemasangan bahan kempen seperti bendera dan gegantung.

Katanya, di sesetengah kawasan telah meriah dihiasi pemasangan bahan seumpama itu sedangkan belum memasuki tempoh berkempen.

“Ceramah dan pasang bendera semua ini tertakluk kepada peraturan PBT masing-masing kerana peraturan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) hanya bermula selepas penamaan calon. 

“Perlu ada permohonan, kalau lulus maka boleh, jika tidak, bermakna tidak boleh, ikut sepertimana peraturan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya