Polis teruskan siasatan walaupun Azie selamat - Utusan Malaysia

Polis teruskan siasatan walaupun Azie selamat

ROSNAZIRAH MOHD. NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis akan tetap menjalankan siasatan bagi memantau perkembangan kes culik ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie, 36, meskipun wanita berkenaan sudah selamat dan berada dalam jagaan keluarganya.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun usaha menyelamatkan Azie sudah selesai, namun, masih ada kes lain yang boleh disiasat berhubung penculikan wanita berkenaan.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya akan membiarkan mangsa bersama keluarganya terlebih dahulu.

“Kita tidak bercadang untuk meletakkan anggota polis untuk mengawal mangsa dan segala keputusan selepas ini bergantung keadaan semasa.

“Untuk makluman, empat daripada tujuh suspek dalam kes itu masih ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan Azie kepada keluarganya di rumah mentua di Jalan Kelochor di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu,  wanita itu kini berada dalam keadaan baik, namun, mengalami tekanan emosi kerana dibawa lari dalam tempoh yang lama.

“Apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mangsa dan kita berjaya membawa pulang wanita itu ke pangkuan keluarganya.

“Polis sudah berusaha keras untuk membawa mangsa pulang. Keselamatan wanita itu merupakan aspek penting buat masa ini apabila dia sudah berada di pangkuan keluarganya, ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN