"Saya fikir perang ini adalah perang bodoh. Ia tidak sepatutnya ada

Perang Rusia-Ukraine tidak sepatutnya berlaku – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan perang antara Rusia dan Ukraine yang berlarutan ketika ini sebagai satu ‘perang bodoh’.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perang antara dua negara berjiran itu tidak sepatutnya berlaku.

“Anda boleh tanya Putin (Presiden Rusia, Vladimir Putin) kerana dia lebih tahu mengenai itu (perang).

“Saya fikir perang ini adalah perang bodoh. Ia tidak sepatutnya ada perang sama sekali,” katanya ketika diminta mengulas sama ada perang antara Rusia dan Ukraine itu boleh dianggap sebagai perang dunia ketiga atau tidak gara-gara situasinya kini yang semakin meruncing.

Sejak Februari lalu, Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangannya. 

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran lebih ramai penduduk Ukraine akan menjadi pelarian, jika Rusia terus melancarkan serangan peluru berpandu di Kiev dan bandar-bandar lain di Ukraine.

Awal pagi semalam, Moscow melancarkan serangan terbesar dalam tempoh beberapa bulan di seluruh Ukraine sebagai tindak balas terhadap serangan sehingga merosakkan jambatan utama yang menghubungkan Russia ke semenanjung Crimea. Jambatan tersebut adalah simbol pengisytiharan Crimea 2014 oleh Kremlin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya