Penduduk lega, beruk jantan terlepas diberkas - Utusan Malaysia

Penduduk lega, beruk jantan terlepas diberkas

BERUK jantan yang berjaya ditangkap di Kampung Gong Depu, Pasir Puteh, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kehidupan penduduk Kampung Gong Depu, di sini kembali ‘tenang’ selepas beruk jantan yang terlepas dan mengancam keselamatan berjaya ditangkap petang semalam.

Seorang penduduk, Suhaini Mat Il, 50, menyifatkan penangkapan semua haiwan berkenaan memberikan kelegaan kepada mereka selepas diselubungi kebimbangan sebelum ini.

“Dengan ini, kehidupan kami kembali aman dan sejahtera serta boleh membuka tingkap seperti biasa tanpa perlu takut dengan ancaman beruk berkenaan.

“Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) termasuklah penjinak beruk yang menjayakan misi ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ahad lalu Mingguan Malaysia melaporkan kisah seekor beruk yang terlepas dan mengancam keselamatan penduduk apabila haiwan itu bertindak agresif.

Ancaman itu mendesak penduduk mengambil tindakan menutup pintu rumah dan melarang anak-anak masing-masing keluar rumah.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan beruk jantan terbabit sudah berjaya ditangkap.

“Haiwan itu hilang sifat agresif kerana memiliki naluri memikat pasangannya. Hanya mereka yang berpengalaman memelihara beruk berupaya menangkapnya, “ katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya