PBM optimis, tunggu lampu hijau BN - Utusan Malaysia

PBM optimis, tunggu lampu hijau BN

ZURAIDA KAMARUDDIN (empat dari kanan) dan Dr. Edmund Santhara (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan cek sumbangan infrastruktur tokong penganut agama Buddha dan NGO dalam siri Jelajah Jom Reset Segamat di Kampung Abdullah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Parti Bangsa Malaysia (PBM) masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Barisan Nasional (BN) untuk menjadi komponen parti berkenaan.

Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin yakin permohonan pihaknya untuk berada di bawah khemah besar itu mendapat respons positif termasuk daripada Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“(Semuanya) berjalan dengan lancar, Jadi, kita masih belum terima kenyataan rasmi lagi tetapi setakat ini PBM mendapat respons yang positif daripada presiden sendiri.

“Cuma, ada beberapa perkara lain yang harus diteliti yang mana mungkin selepas bubar (Parlimen) nanti, dia (Ahmad Zahid) akan beri kenyataan rasmi agaknya,” katanya ditemui selepas penyerahan cek sumbangan infrastruktur tokong penganut agama Buddha dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  pada siri Jelajah Jom Reset Segamat di Kampung Abdullah, di sini hari ini.

Pada siri jelajah yang turut disertai Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara itu, pihaknya turut menyampaikan sumbangan dua buah enjin bot kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat serta sumbangan bot fiber bagi kegunaan pasukan media kepada Pejabat Penerangan Daerah Segamat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Dalam pada itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang ketika ditanya soal penyertaan lebih ramai Ahli Parlimen untuk menyertai PBM, jelasnya, perkara itu hanya boleh dilakukan selepas pembubaran Parlimen susulan pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti.

Tambahnya, PBM juga menyasarkan untuk mengekalkan enam kerusi yang disandang oleh Ahli Parlimen yang bersama parti itu.

“Akta Anti Lompat Parti sudah pun bermula. Jadi tak boleh dah nak lompat lagi dan sampai Parlimen bubar baru boleh (lompat).

“Pilihan Raya Umum (PRU) ini kita tidak akan tambah (kerusi). Sekarang ini kita ada enam Ahli Parlimen dan semua ini akan kekal bertanding untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya