Negeri Sembilan tidak bubar DUN - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan tidak bubar DUN

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak dibubarkan dan kekal mengikut keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, beliau berterima kasih dengan syor oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini supaya ketua-ketua kerajaan negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk membubarkan DUN masing-masing.

“Kami tidak dapat mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri itu, sebagaimana beliau tidak mempertimbangkan hasrat kami supaya pilihan raya umum tidak diadakan ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Perdana Menteri hari ini menerusi perutusan khas memaklumkan Parlimen bagi Penggal Ke-14 dibubarkan bagi memberi laluan pelaksanaan PRU-15.

Sebelum ini, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri di bawah PH iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak akan dibubarkan jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, keadaan ketika ini tidak sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malah beberapa kawasan sedang berlaku banjir.

“Semalam pun berlaku banjir lagi di Kuala Pilah juga di Sabah. Jadi tidak sesuai lah untuk pilihan raya diadakan. Kita mahu rakyat turun beramai-ramai mengundi, kerana ia dijalankan lima tahun sekali, tentu kita mahu meraikan demokrasi dalam keadaan yang baik.

“Bagaimanapun PRU15 untuk Parlimen akan diadakan di Negeri Sembilan, harap ramai yang akan keluar mengundi, dan mengundi ahli Parlimen yang baharu,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya