Lebih 10 penyandang kerusi Parlimen Pas dikekalkan - Utusan Malaysia

Lebih 10 penyandang kerusi Parlimen Pas dikekalkan

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 10 penyandang kerusi Parlimen Pas yang menang sebelum ini masih diberikan kepercayaan untuk menjadi calon seterusnya mengekalkan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, pada PRU15 parti itu akan membawa masuk beberapa muka baharu bagi menggantikan calon lama.

Menurut beliau, pertukaran atau perubahan calon di kawasan Parlimen adalah perkara biasa dalam berpolitik termasuklah Pas.

“Apa yang penting pertukaran itu bertujuan memberikan kemenangan kepada parti pada PRU15.

“Untuk kali ini, Pas sudah membuat ketetapan bertanding di 60 buah kerusi Parlimen di seluruh negara. Kita sasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen,” katanya pada majlis ramah mesra bersama pengamal media Kelantan di sini hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu berkata, Pas yakin mampu menambah jumlah bilangan kerusi berpandukan kepada rekod bersih tanpa rasuah parti berkenaan.

Katanya, pada masa sama kecemerlangan wakil rakyat parti itu melaksanakan tugas menjadi faktor penarik untuk meraih sokongan pengundi.

Pada PRU14 Pas menang 18 kerusi daripada 150 kawasan Parlimen yang ditandingi parti berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya