Laluan pendakian, rekreasi hutan simpan kekal di Selangor tidak dibenarkan -

Laluan pendakian, rekreasi hutan simpan kekal di Selangor tidak dibenarkan

AKTIVITI pendakian dan rekreasi Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Kedah tidak dibenarkan dan ditutup kepada umum
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi hutan simpanan kekal (HSK) di Selangor tidak dibenarkan dan ditutup kepada umum mulai 1 November ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa sehingga 31 Januari tahun depan.

“Larangan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku.
“Ia berikutan musim tengkujuh yang bakal melanda kelak,” katanya.

Dalam pada itu, lima Taman Eko Rimba (TER) turut ditutup kepada pengunjung awam pada tarikh sama.

Ia melibatkan Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Tekala, Sungai Sendat, Gunung Nuang dan Komanwel.

Penutupan itu bagi mengelak kejadian kepala air yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya