Laluan berlubang jejas keselamatan pengguna jalan raya -

Laluan berlubang jejas keselamatan pengguna jalan raya

SEBUAH lubang besar terbentuk akibat jalan mendap di Jalan Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang petang semalam yang mengundang kebimbangan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pengguna jalan raya di Jalan Bagan Lalang, dekat sini terdedah kepada bahaya apabila permukaan laluan terbabit mendap dan membentuk lubang besar sejak petang semalam.

Bagaimanapun, sebahagian jalan terbabit ditutup atas faktor keselamatan dan hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui laluan berkenaan.

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Utara memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada pengguna jalan raya kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Katanya, pengadu memaklumkan terdapat sebuah lubang besar pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

“Ekoran kejadian itu, pihak JKR mengambil tindakan menutup sementara sebahagian kawasan jalan terbabit.

“Seterusnya, kerja pembaikan kekal pula sedang diselaraskan bersama pihak IWK,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak JKR juga akan menyediakan laluan alternatif sekiranya diperlukan.

“Buat masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar permukaan jalan mendap menyebabkan terbentuknya lubang di laluan terbabit.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya yang memohon supaya kerja baik pulih dilaksanakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya