Ibu tunggal berhenti kerja urus anak alami masalah penglihatan

Ibu tunggal berhenti kerja urus anak alami masalah penglihatan teruk

NORHAYATI Awang (kanan) menunjukkan kesan gatal di mulut Nik Fazli di rumahnya di Kampung Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang ibu tunggal dari Kampung Pasir Pekan di sini terpaksa berhenti kerja sebagai pengasuh sejak lapan bulan lalu bagi menguruskan kehidupan anaknya yang disahkan menghidap masalah penglihatan kronik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norhayati Awang, 52, masalah penglihatan anak keduanya, Nik Fazli Zulkifli, 19, menjadi teruk selepas doktor mengesan ada jangkitan kulat dalam kepalanya sejak beberapa tahun lalu yang telah menganggu saraf mata.

Menurutnya, jangkitan itu menyerang saraf mata Nik Fazli Zulkifli sehingga menjadi lemah dan menyebabkan menjadi dia mengalami rabun yang teruk.

“Lebih memeritkan lagi, saya turut mengalami masalah paru-paru, kulit gatal dan telinga bernanah.

“Ekoran itu, Nik Fazli sudah tidak mampu untuk menguruskan kehidupan dan saya terpaksa menjaganya sepenuh masa,” katanya ketika ditemui hari ini.

Norhayati memberitahu, keluarganya kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima oleh empat orang anaknya itu.

Katanya, Nik Fazli kerap dimasukkan ke hospital akibat penyakit tersebut dan kebiasaan anaknya itu akan dirawat antara 10 hingga 14 hari bergantung kepada keadaan kesihatannya.

“Masalah mata yang dihadapi Nik Fazli itu juga menyebabkan dia perlu menggunakan ubat cecair mata, disamping makan ubat khas selama setahun,” ujarnya.

Norhayati, bagaimanapun berkata, dia dan keluarga lega apabila penghulu kampung sentiasa menghulurkan bantuan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norhayati Awang (0301841100001421). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya