Hospital Maran penuhi impian lebih 138,000 penduduk milik

Hospital Maran penuhi impian lebih 138,000 penduduk miliki hospital

ISMAIL Abd.Muttalib (tengah) menunjukkan pelan pembangunan Hospital Maran bernilai RM350 juta di tapak cadangan hospital di Batu 55 Jalan Maran-Jerantut di Maran, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Projek Hospital Daerah Maran bernilai RM350 juta yang diumumkan dalam Bajet 2023 antara indikator bagi mengubah landskap pembangunan daerah ini supaya lebih maju dan setanding dengan kawasan lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, Hospital Maran memenuhi impian lebih 138,000 penduduk di sini untuk menikmati status sebuah daerah yang wujud sejak 13 Mei 1981. 

Menurutnya, status projek ini menjadi tanda tanya apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu walaupun sudah diluluskan RM200 juta bagi melaksanakannya.

“Hospital Maran berkapasiti 76 katil itu akan dibina di atas tanah seluas 20 hektar akan mengubah landskap persekitaran dan mengembangkan sektor ekonomi dan sosial penduduk. 

“Hospital Maran dirangka sebagai sebuah hospital paling moden dan tumpuan penyakit berjangkit selain berhampiran dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang dilengkapi pelbagai kemudahan kesihatan untuk keperluan semua generasi.

“Ia begitu ditunggu-tunggu masyarakat daerah Maran serta kawasan terdekat seperti penduduk bandar Maran, Chenor, Luit, Sri Jaya dan Kuala Sentul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Maran kepada pemberita selepas melawat tapak Hospital Maran di sini hari ini.

Ismail berkata, kerja-kerja awal seperti kerja-kerja tanah sudah dijalankan baru-baru ini.

“Skop pembangunan membabitkan satu blok 76 katil, satu blok mekanikal dan elektrikal, satu blok rumah sampah domestik, klinikal, infection, dan radioaktif, satu unit garaj ambulans, satu unit pondok pengawal dan satu unit kolam takungan. 

“Turut dibina kuarters kelas D sebanyak enam unit, kelas F (16 unit) dan G sebanyak 16 unit. Turut dibina 26 unit asrama jurutawat, satu blok mekanikal dan elektrik dan satu blok rumah sampah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya