Pelajar tingkatan satu dan dua dirogol teman baru dikenali dalam kes berasingan -

Pelajar tingkatan satu dan dua dirogol teman baru dikenali dalam kes berasingan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan satu di daerah ini mengikut rakan sekolahnya keluar makan malam akhirnya menjerat diri apabila dirogol pada awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa dibawa menaiki motosikal EX5 milik seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang dikenalinya itu ke Gunung Jerai.

“Selepas itu, mereka pulang ke rumah pelajar lelaki berumur 15 tahun itu di Bedong dan menaiki pula sebuah kereta Proton Wira milik ahli keluarganya. Turut serta dalam kereta itu seorang lagi pelajar lelaki berumur 15 tahun dan tiga lelaki lain berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun,” katanya di sini, hari ini.

Kata Zaidy, mangsa kemudian dibawa bersiar-siar dan apabila sampai di bawah terowong berdekatan sebuah taman perumahan, dia dirogol dua pelajar lelaki berusia 15 tahun itu di dalam kereta berkenaan secara bergilir-gilir.

“Kejadian itu tidak membabitkan tiga lagi lelaki lain kerana mereka bertindak sebagai pemerhati dan berada di luar kereta. Selepas kejadian, mangsa dihantar ke rumah sewa seorang rakan pelajar lelaki terbabit di Bedong dan keesokan harinya dia membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada ibu mangsa berkaitan anaknya yang tidak pulang ke rumah pada hari kejadian.

Sementara itu, dalam kes berasingan, oleh kerana teruja kali pertama kali jatuh cinta, seorang pelajar perempuan tingkatan dua sanggup menyerahkan tubuhnya kepada teman lelaki sebagai bukti cinta agar tidak ditinggalkan.

Namun, selepas menyedari dipermainkan teman lelaki yang dikenali melalui media sosial itu, pelajar terbabit memaklumkan kepada neneknya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, semalam.

Menurut Zaidy, mangsa mendakwa dia mengenali teman lelakinya yang merupakan seorang pembantu tukang rumah melalui Facebook ketika berada di rumah neneknya pada Februari lalu.

“Laporan polis pelajar itu menyatakan sebulan kemudian (Mac) dia bertemu teman lelakinya yang berusia 19 tahun. Pelajar terbabit turut memaklumkan mereka ada melakukan hubungan seks di rumah neneknya.

“Remaja itu turut mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya dan melakukan hubungan seks kerana terlalu mencintai lelaki itu dan takut ditinggalkan,” katanya.

Kata Zaidy, pihaknya kini sedang mengesan kesemua suspek yang terbabit dalam kedua-dua kes itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya