Dividen RM181.5 juta diagih kepada 74,949 peneroka Felcra - Utusan Malaysia

Dividen RM181.5 juta diagih kepada 74,949 peneroka Felcra

ISMAIL Sabri Yaakob bersama rakyat yang menghadiri majlis ramah mesra bersama peserta Felcra, pekebun kecil Risda dan Orang Asli di Arena Merdeka di Tapah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seramai 74,949 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima bayaran dividen membabitkan nilai keseluruhan RM181.5 juta bagi pembayaran Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran berkenaan akan dibuat secara berperingkat mulai  hari ini.

“Saya gembira kerana Felcra Berhad berjaya mengekalkan prestasi  baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1 peratus berbanding prestasi pada tahun lalu.

“Peningkatan ini membuktikan kecekapan Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus tadbir ekonomi  negara,” katanya.

Ismail  berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya