Calon Melayu DAP hanya boneka - Mahdzir - Utusan Malaysia

Calon Melayu DAP hanya boneka – Mahdzir

Mahdzir Khalid (tengah) berswafoto bersama sebahagian pesara dan kakitangan Pendidikan Negeri Kedah ketika hadir ke Majlis Perhimpunan di Kuala Nerang, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Tindakan DAP meletakkan ramai calon Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanyalah untuk dijadikan boneka bagi menampakkan kononnya parti itu sebuah parti majmuk.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah tersebut hanyalah sebahagian  taktik DAP dalam cubaan untuk meraih undi.

“Saya fikir tindakan itu adalah sebahagian daripada taktik untuk menunjukkan DAP parti berbilang kaum sedangkan kita semua tahu bahawa keputusan dalam parti tersebut dibuat oleh sekumpulan individu tertentu saja.

“Kemudian mereka jadikan calon-calon Melayu sebagai boneka untuk menampakkan bahawa DAP  sebuah parti majmuk,” kata beliau selepas Merasmikan Himpunan Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pesara Kumpulan Pelaksana Pendidikan Padang Terap serta Ketua-Ketua Pembantu Tadbir Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Pada PRU kali ini, DAP menampilkan lebih ramai calon Melayu antaranya Syahredzan Johan di Bangi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Lipis, Sheikh Umar Bagharib Ali di Ayer Hitam serta Young Syefura Othman di Bentong.

Terbaharu, parti tersebut turut mengumumkan calon Melayu di Jerai iaitu Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff dan tindakan tersebut dikatakan tidak disenangi sekutu mereka Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah.

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, DAP pada hakikatnya tahu ada antara calon tersebut yang tidak mempunyai potensi untuk mencapai kemenangan.  

“Kita tahu mereka ini tak boleh menang pun tetapi DAP letak saja sebagai calon kerana apabila ada yang bercakap mengenai calon Melayu, mereka boleh tunjukkan bahawa mereka letakkan peratusan calon Melayu lebih tinggi kali ini.

“Maka mereka bolehlah katakan kepada umum bahawa parti itu memang sudah meletakkan orang Melayu sebagai calon tetapi tak dapat berbuat apa-apa kerana calon tersebut kalah,” katanya.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata, beliau yakin rakyat negara ini arif untuk membuat penilaian.

“Dalam keadaan pelbagai kaum hidup secara bersederhana, DAP itu sendiri sudah dicap dalam minda orang ramai sebagai kumpulan agak ekstrim kepada kaum Cina,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya