PUTRAJAYA: Pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan juga memperuntukkan dua keadaan bagi pembubaran Parlimen iaitu berlandaskan nasihat atau permintaan, selain ia akan terbubar sendiri apabila luput tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat sidang pertamanya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, Yang di-Pertuan Agong…