Bersatu tidak berminat tuntut bertanding kerusi Parlimen lain -

Bersatu tidak berminat tuntut bertanding kerusi Parlimen lain

RAZALI Idris (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Khas PRU15 Bersatu Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu tidak berminat membuat tuntutan bertanding di kerusi lain sekiranya diberi satu kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata,  walaupun Bersatu sebelum ini menyatakan hasrat bertanding di dua kerusi Parlimen di negeri ini, namun terserah kepada kepada pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, dua kerusi Parlimen itu adalah Parlimen Hulu Terengganu dan Parlimen Besut.

Malah, katanya, pihaknya juga tidak akan berkecil hati terhadap sebarang keputusan yang ditetapkan selepas ini.

“Kita tak berminat nak buat tuntutan di kawasan lain kalau diberikan satu kerusi sahaja.

“Kita (Bersatu) hanya bagi pandangan kita dan Pas bagi pandangan Pas, maka, jawatan kuasa tertinggi agihan kerusi akan menentukan dan sama-sama bersetuju dengan sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas PRU15 Bersatu Terengganu di sini, hari ini.

Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata,  setakat ini, pihaknya masih belum menerima keputusan pembahagian kerusi di dua kerusi Parlimen tersebut.

“Bersatu Terengganu sebelum ini mencadangkan penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid sebagai calon bagi mempertahankan kerusi tersebut,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN