PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, perkara itu hanya melibatkan isu-isu mengelakkan pertembungan sesama sendiri. “Saya kurang pasti sama ada mereka (Pejuang) begitu serius atau tidak, tetapi jika betul, kita (Bersatu) bersedia mempertimbangkan,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di sini, semalam. Idea kerjasama antara dua parti tersebut dilontarkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai strategi PRU15…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya