[BAJET 2023] Skim Pembiayaan Teknologi Hijau ditambah baik -

[BAJET 2023] Skim Pembiayaan Teknologi Hijau ditambah baik

PROJEK teknologi hijau dan tanaman cili di Bandar Hijau, Ayer Keroh. -UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang menambah baik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) melalui Bajet 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha itu sebagai langkah kerajaan komited untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca bersih sifar seawal-awalnya pada tahun 2050.

Katanya, penambahbaikan itu meliputi nilai jaminan dinaikkan kepada RM3bilion sehingga tahun 2025. 

“Selain itu, skop pembiayaan diperluas khususnya kepada sektor pengkomersialan kenderaan elektrik (EV) dengan had jaminan sehingga 60 peratus dan pembiayaan sektor sisa akan ditingkatkan tahap jaminannya kepada 80 peratus.

“Bagi menggalakkan pelaburan hijau, kerajaan mencadangkan melanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Disember 2025 dengan menambah baik tempoh galakan dari tiga kepada lima tahun bagi aktiviti hijau yang layak sebagai contoh aktiviti solar beserta Battery Energy Storage System,” katanya. 

Jelas Tengku Zafrul, sebagai pinjaman mudah, Bank Negara juga akan menyediakan RM1 bilion di bawah Dana Pembiayaan Teknologi Tinggi dan Hijau bagi menyokong syarikat pemula teknologi lestari yang inovatif. 

“Selain itu, RM1 bilion di bawah Dana Pembiayaan Peralihan Karbon Rendah untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana menerap amalan rendah karbon.

“Melalui Dana Impak, Khazanah akan menyediakan RM150 juta bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam termasuk menyokong pasaran karbon dan restorasi hutan terosot,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya