295 mangsa masih ditempatkan di 4 PPS di Johor -

295 mangsa masih ditempatkan di 4 PPS di Johor

ANTARA operasi menyelamatkan mangsa akibat banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 295 mangsa banjir kilat masih ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, daerah yang masih terjejas adalah Kulai, Kluang dan Pontian.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua 295 mangsa terdiri daripada 85 buah keluarga.

“Empat PPS yang masih beroperasi ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian; PPS SK Kampung Renggam dan SK Sungai Linau di Kluang serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di Kulai.

“Trend mangsa banjir menunjukkan sedikit peningkatan pada pukul 12 tengah hari iaitu seramai 295 mangsa ditempatkan di PPS berbanding 271 mangsa pada pukul 8 pagi tadi,” demikian menurut kenyataan itu.

Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat semalam yang melebihi dua jam sehingga mengakibatkan beberapa kediaman penduduk di kawasan terlibat dinaiki air.

“Keadaan dijangka menunjukkan perkembangan positif ekoran Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada sebarang tanda berlakunya ribut petir di seluruh negeri ini.

“Laporan kaji cuaca juga menunjukkan cuaca cerah di seluruh Johor ketika ini kecuali mendung di Pontian,” tambah kenyataan itu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya