1,666 pelajar sudah terima manfaat Skim Anak Angkat YPM tahun

1,666 pelajar sudah terima manfaat Skim Anak Angkat YPM tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI:  Seramai 1,666 murid dan pelajar sekolah yang terdiri daripada golongan asnaf termasuk B40 sudah menerima dana akademik menerusi Skim Anak Angkat (SAA) tajaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) sepanjang tahun ini.

Pengerusi YPM, Datuk Mohd. Razman Yaacob berkata, pihaknya memperuntukan sebanyak RM2.2 juta SAA bagi tahun ini kepada 1,800 pelajar di seluruh negara dan 1,666 daripadanya sudah menerima dana tersebut.

Menurutnya, skim tersebut merupakan salah satu usaha YPM dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik bagi golongan yang memerlukan.

“Menerusi SAA, kesemua pelajar yang terpilih menerima bantuan wang secara bulanan iaitu RM80 untuk murid sekolah rendah dan RM100 bagi pelajar sekolah menengah.

“Bagi murid sekolah rendah, tajaan akan diteruskan sehingga ke sekolah menengah sekiranya mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyalurkan peruntukan menerusi siri jelajah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR ) Pendidikan YPM di Sekolah Kebangsaan Bahagia di sini hari ini.

Mohd. Razman memberitahu, SAA merupakan skim yang diperkenalkan di bawah Seksyen Pembiayaan Pendidikan (SPP) untuk pelajar sekolah manakala Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Katanya, menerusi SDEP, pelajar akan menerima sumbangan melibatkan peralatan belajar dan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM700 sehingga RM1,000 seorang.

“Sebanyak 80 peratus daripada peruntukan  SAA adalah sumbangan daripada syarikat korporat dan individu manakala selebihnya adalah dana YPM sendiri.

“Oleh itu, YPM mengalu-alukan syarikat atau individu untuk turut sama membantu menyumbang dana bagi membantu lebih ramai pelajar yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan,”  ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya