Wanita, tiga lelaki dituduh berkomplot bunuh suami  - Utusan Malaysia

Wanita, tiga lelaki dituduh berkomplot bunuh suami 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang wanita berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membunuh suaminya dengan mereka-reka kejadian rompakan di daerah ini, minggu lalu.

Bagaimanapun,  tiada pengakuan direkodkan daripada Leong Eng Eng, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan  Majistret Noorjidah Mohd. Jusan.

Turut didakwa ialah tiga lelaki termasuk dua beradik iaitu Lim Yon Hay, 36; Lim Yon Loon, 31, dan Mok Kum Loon, 37.

Eng Eng bersama pasangan beradik itu didakwa membunuh dengan mengakibatkan kematian Chow Tiam Hee, 41.

Kum Loon  didakwa bersubahat membantu Eng Eng bersama dua beradik berkenaan untuk membunuh suaminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Anika Baru, Sungai Udang di sini, antara pukul 1.20 hingga 1.40 pagi, 15 September lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asnawi Abu Hanipah yang mengendalikan kes tidak menawarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh.

Peguam yang mewakili Eng Eng, Jarrett Ong bagaimanapun memohon jaminan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan dua anak berusia lima  dan tujuh tahun selain memberi kerjasama baik dengan polis.

Noorjidah menolak permohonan itu dan menetapkan sebutan kes pada 21 November ini. Dua lagi tertuduh iaitu Yon Loon dan Kum Loon masing-masing diwakili peguam Ethan Tan dan Ayasamy Velu.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan dendam dipercayai menjadi motif seorang wanita tergamak merancang pembunuhan suaminya yang ditemui dengan kesan tikaman lebih 14 kali di rumah mereka.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya