Wahid ‘cilik’ runtun hati penonton - Utusan Malaysia

Wahid ‘cilik’ runtun hati penonton

ANTARA babak yang menyentuh hati penonton video pendek filem Mat Kilau yang dilakonkan semula oleh murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Kangar, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan sebelum ini merekodkan kejayaan dan berjaya menyentuh hati penonton menerusi lakonan mantap beberapa pelakon terkemuka tanah air.

Pastinya ramai penonton tersentuh dengan babak dalam filem berkenaan khususnya yang memaparkan Mat Kilau (lakonan Datuk Adi Putra) sedang menekup mulut Wahid (Beto Kusyairy) yang menahan emosi ketika isterinya, Rokiah (Zarina Zainoordin) dibunuh kejam tentera British.

Babak tersebut telah memberi kesan mendalam kepada penonton sehinggakan ada yang tersentuh dengan lakonan mantap para pelakon terlibat.

Terbaru, tular satu video pendek yang memaparkan lakonan semula filem berkenaan oleh murid-murid Tahun empat hingga enam Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini.

Lakonan semula menerusi video berdurasi lima minit yang dimuat naik di saluran YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis itu telah memberi kesan mendalam kepada netizen, malah, ramai di antara mereka yang memuji lakonan mantap murid-murid terlibat.

Pastinya, babak isteri kepada Wahid yang dibunuh dalam video itu mencuri tumpuan penonton yang menganggap pelakon cilik berkenaan berjaya menghayati watak dengan sebaiknya.

Sehingga kini, video pendek tersebut mendapat tontonan sebanyak lebih 68,000 sejak dimuat naik 12 hari lalu iaitu pada 9 September lepas.

Video itu juga berjaya mencuri tumpuan penonton susulan daripada paparan sinematografi menarik dan penghayatan watak murid terlibat.

Video pendek berkenaan merupakan penyertaan SK Putra bagi pertandingan filem bersempena sambutan Hari Malaysia anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya