Salahuddin dilantik Pengerusi PH Johor - Utusan Malaysia

Salahuddin dilantik Pengerusi PH Johor

Salahuddin Ayub
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor sebulat suara melantik Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai pengerusi negeri yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

PH Johor dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi PKR Johor, Rafizi Ramli memaklumkan, keputusan tersebut dibuat bagi memperkemaskan struktur kepimpinan PH Johor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah akan dibantu tiga Timbalan Pengerusi, iaitu Aminolhuda, Chin Tong dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

“Jawatan setiausaha telah diamanahkan kepada Faizul Salleh daripada Amanah, Bendahari dijawat S. Gopalakrishnan (PKR), manakala Ketua Penerangan Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP).

PH Johor turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti untuk berdepan kemungkinan PRU15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

Dalam kenyataan itu, PH Johor berpandangan bahawa agenda membantu rakyat sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dan parti politik, khususnya saat berdepan keadaan ekonomi yang suram serta jangkaan berlaku banjir. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya