"Pengadu yang tidak menyedari dirinya terjebak dengan penipuan

Remaja diugut scammer menggunakan video pemeriksaan fizikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang remaja perempuan terjerat dengan permintaan scammer untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal bagi memohon biasiswa pelajaran sebelum video perlakuan itu dimuat naik dalam media sosial untuk mengugutnya semula.

Bagaimanapun, itu adalah sebahagian daripada modus operandi licik scammer berkenaan untuk mendapatkan wang mudah daripada mangsa yang mudah ‘termakan’ dengan penipuan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pada 11 September pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja berusia 19 tahun yang menyatakan dirinya diperas ugut oleh seorang lelaki.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan meminta remaja itu memasukkan wang berjumlah RM1,000 dalam satu akaun bank jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan.

“Hasil siasatan awal mendapati pengadu pada 9 September telah berkenalan dengan seorang remaja melalui aplikasi Telegram sebelum menawarkan biasiswa untuknya melanjutkan pelajaran.

“Pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai perlu menghantar beberapa dokumen dan membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara ‘online’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengadu juga dikehendaki memuat naik gambarnya berpakaian dan tidak berpakaian.

“Pengadu yang tidak menyedari dirinya terjebak dengan penipuan tawaran biasiswa itu tanpa berfikir panjang terus mematuhi semua arahan tersebut.

“Susulan laporan berkenaan, kira-kira pukul 2 petang semalam pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun di sekitar Johor untuk siasatan lanjut,” katanya.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda ataupun sebatan, jika sabit kesalahan. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN