PETALING JAYA: Pencapaian akademik rendah dalam kalangan graduan antara punca jurutera di Malaysia masih menerima gaji permulaan bawah RM2,000. Selain itu, daripada perspektif majikan pula, graduan kejuruteraan baharu dianggap tidak menyumbang kepada pendapatan syarikat di peringkat awal pekerjaan manakala gaji permulaan jurutera masih bergantung kepada penawaran dan permintaan. Rumusan tersebut berdasarkan satu kajian dikeluarkan Pasukan Petugas Khas Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) yang ditubuhkan bagi meneliti isu gaji permulaan jurutera rendah…










