Pemilik kedai emas berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan 

Pemilik kedai emas berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan 

PELAJAR tahfiz yang hadir pada program Mini Festival Emas Rozita sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di di Medan Gopeng, Ipoh semalam. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kedai Emas Rozita  di Medan Gopeng di sini melancarkan program Mini Festival Emas Rozita sempena sambutan Hari Malaysia 2022  bagi berkongsi rezeki dengan golongan yang 

memerlukan.

Jurucakap Kedai Emas Rozita, Mohd. Salorwadi Mohd. Noor berkata, sebanyak 300 keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf di sekitar bandar ini yang telah dikenal pasti telah dibantu bagi meringankan beban mereka seperti perbelanjaan dapur.

“Semalam, kita adakan pemberian sumbangan kepada 300 orang asnaf di sekitar bandar ini dan ada juga yang sanggup datang daripada Tanjung Malim.

“Ada yang hadir dengan berkerusi roda dan berbasikal,” katanya kepada pemberita semasa program Mini Festival Emas Rozita 2022 di sini semalam.

Katanya, program itu diserikan dengan pameran autoshow,  ketibaan konvoi dari Baddad 12 Moto Group Malaysia (Perak) dan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal. 

“Seramai 50 orang pelajar tahiz dari Madarasah Ashrafuk Madaris, Kulim juga datang memeriahkan majlis dengan bacaan Qasidah,” katanya. 

Menurut beliau, inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kedai Emas Rozita untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan perhatian terutama dalam situasi sukar ketika ini.

“Setiap tahun, kami akan menjalankan aktiviti seperti ini cuma terhenti disebabkan Covid-19. Pada hari ini juga, masyarakat boleh datang ke sini dan makan juadah yang disediakan,” katanya. 

Menurutnya, kenaikan harga barang mentah yang menjadi cabaran kepada peniaga, tetapi, ia tidak menjadi penghalang buat Kedai Emas Rozita untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat. 

Turut hadir, pengasas Kedai Emas Rozita, Rozita Yusoff dan suami Zanizan Shahir. 

Sementara itu, Mohd. Solarwadi berkata, jualan Mini Festival Emas Rozita adalah satu bentuk promosi khas yang ditawarkan kepada para pelanggan sebagai menghargai sokongan mereka sehingga Kedai Emas Rozita berada pada tahap hari ini.

“Istimewanya promosi ini kita menawarkan harga runtuh iaitu hanya RM230 bagi satu gram emas manakala kadar upahnya kita kira sampai jadi (kepada semua barangan di Kedai Emas Rozita) iaitu pada harga upah yang sangat menguntungkan pelanggan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN